Friday, 6 July 2012

PERKONGSIAN

Assalamualaikum...
Apa khabar semua? Sihat ke?
harap2 semua sihat disisi Allah S.W.T
Kami memohon maaf sebab lama tak post.
Sibuk dengan periksa pertengahan tahun,seminar,ujian lisan,syafawi la.
Macam2 kerja nak kena buat.
Nama pun periksa besar.
Mesti lah sibuk kan??
Kami selama beberapa bulan tak wujud nie.
Macam2 cerita nak kongsi.
Tapi tak tahu nak mula dari mana.
Kalau saya cerita ni berputar-belit.
Saya minta maaf ye...
Lagi pun saya tak berapa nak ingat sangat.
Tapi apa yang saya boleh kongsikan ialah keadaan dekat dunia sekarang ini.
Semakin hari semakin teruk perangai manusia.
Contohnya masalah sosial,nila-nilai murni hampir pupus dan banyak lagi.
Kami sedih la...
Sekarang dunia akhir zaman.
Nak bezakan zaman dahulu dengan zaman sekarang.
Zaman sekarang lebih teruk pengaruhnya.
Orang-orang yahudi senang sahaja nak tarik umat Islam untuk mengikut ajarannya.
Rasanya dah ramai umat Islam yang sudah murtad atau hampir murtad. NAUZUBILLAH!
Sekarang uamt Islam terpengaruh dengan hiburan yang melampau-lampau.
Kami pelik dan sedih dengan sikap sebegini.
Manakah umat Islam yang dahulu mempertahankan umatnya supaya tidak terpengaruh dengan ajaran yahudi.
ALLAHU AKBAR!
Marilah kita bersma-sama mempertahankan ajaran Nabi Muhammad S.A.W yang bersungguh mengajar kita mengenai Islam.
Kita semua tidak mahu umat Islam menjadi huru-hara dan pupus.
Kami berharap sangat kepada semua umat Islam.
Ingatlah kepada Allah dan RasulNya.
Ingatlah sesama manusia untuk memajukan umat Islam.
Apabila ingin buat sesuatu perkara yang buruk.
Fikirlah dahulu sebelum melakukan sesuatu.
Sentiasa ingat Allah.
Allah akan selalu menolong dan melindungi orang yang selalu mengingatinya.
Kami berkongsi perkara ini sebab kami melihat sendiri setiap apa yang berlaku di sekolah kami dan sekolah yang lain.
kami rasa itu sahaja rasanya yang kami nak kongsi.
Harap menjadi peringatan dan pengajaran sesama kita.
INSYA-ALLAH!!!

No comments:

Post a Comment